Sunday, 10 September 2017

RUMAH IDAMAN BUKIT RAHMAN PUTRA (BRP) SUNGAI BULOH

PROJEK AZALEA@TAMAN PUTRA

Tarikh booking     : 14 August 2017
Price                     : RM460,000.00
Deposit                 : RM3000
Agent                    : Chester Development Sdn Bhd
Developer             : Fitters Diversified Berhad
Keluasan               : 20" x 60"
Type                      : Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik.air.
Lokasi                   : Taman Aman Sari, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh
                                https://goo.gl/maps/9EfqkoJYnyM2
Dijangka siap :      : Tahun 2019 ( 2 tahun)

PROSES PERMOHONAN 

NO.

PERKARA

1

Mendapat kelulusan loan dari Maybank. Rate adalah 4.3%.     Sign Letter Of Offer (LOA) loan pada 22.11.2017 (Rabu) dengan Mr. Kah Jun (KJ) dari Maybank

 

2

Sign Sales & Purchase Agreement (S&P) adalah pada 23 November 2017 dengan Lawyer Messrs Azwar & Associates yang  diwakili oleh Eddy. Bayaran disbursements adalah RM1,293.20, bertempat di MC D Bukit  Rahman putra Pukul 9 malam.

 

3

Sign Loan Agreement pada 29.11.2017 (Rabu) dengan Lawyer H.S.Tay Baharin partners & Associates yang diwakili oleh Pn Ain, Bertempat di Pejabat Lawyer, Megan Avenue, Jalan Tun Razak, KL.

 

      

KRONOLOGI PEMBELIAN


NO.

PERKARA

Tarikh

1

Pihak Developer telah mengadakan Soft launching untuk menentukan plot unit masing-masing :

                        i. Tempat   :Kelab Golf Rahman Putra, Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh

                             ii. Tarikh :14 dan 15 Okt. 2017

                              iii.Masa : 8.00am-5pm

Pembeli diwajibkan membawa dokumen seperti salinan asal kad pengenalan, salinan surat beranak dan borang pengakuan unit.

14.10.2017

2

Mendapat kelulusan loan dari Maybank dengan kadar 4.3%.     Sign Letter Of Offer (LOA) loan (Rabu) dengan Mr. Kah Jun (KJ) dari Maybank

 

22.11.2017

3

Sign Sales & Purchase Agreement (S&P) dengan Lawyer Messrs Azwar & Associates yang  diwakili oleh Eddy. Bayaran disbursements adalah RM1,293.20, bertempat di MC D Bukit  Rahman putra Pukul 9 malam.

 

23.11.2017

4

Sign Loan Commodity Murabahah Facility Agreement dengan Lawyer H.S.Tay Baharin partners & Associates yang diwakili oleh Pn Ain, Bertempat di Pejabat Lawyer, Megan Avenue, Jalan Tun Razak, KL.

 

29.11.2017

5

Dokumen Sale  & Purchase Agreement (S & P) telah siap sepenuhnya dan diterima.

 

15.3.2018

6

Jemputan untuk menghadiri show unit opening untuk melihat rumah contoh yang siap dibina.

21.4.2018

7

Commodity Murabahah Facility Agreement telah di stamping dan siap sepenuhnya.

 

13.7.2018

8

Bayaran kepada H.S.Tay Baharin partners & Associates berhubung legal & stamping fee sebanyak RM4,467.00

24.9.2018

9

Menerima surat daripada Pencala Jaya berhubung Delivery Vacant Possession Statement berkaitan perkara berikut:

                               i.            Total progress payment outstanding

                               ii.           Total miscellaneous charge outstading as deposit                       elektrik & stamp duty, quit rent dan deposit air

                              iii.          Borang F berkaitan Perakuan Siap dan Pematuhan                      oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)

                               iv.            Surat pemberitahuan bahawa alamat di bawah telah                    mendapat keluluskan oleh Majlis Perbandaran                            Selayang (MPS) :

                          13, Jalan Taman Putra 2, 13, Jalan Taman Putra 2,                      Azalea@Taman Putra,47000,                                                       Sungai Buloh, Selangor.

      

6.7.2020

10

Menerima surat daripada Pencala Jaya untuk proses pengambilan kunci dan tandatangan surat Liquidated Ascertained Damages (LAD) untuk kelewatan serahan kunci. Kedua-dua surat ini diterima melalui aplikasi wasap.

24.7.2020

11

Mengambil kunci rumah di No 3, Jalan Taman Putra 1, Azalea@taman putra, Sungai Buloh, masa 12.30pm dengan membawa salinan IC pembeli untuk membuat pengesahan pengambilan kunci.

                                                                     Kemaskini pada 25.7.2020

25.7.2020






Singboad telah naik


Dari iklan ni lah aku terpanggil untuk snap gambar dan memulakan langkah tanpa di rancang...Alhamdulillah, Allah telah membuka jalan untuk kami membuat keputusan yang terbaik.


Plan rumah - Diambil time launching



On Progress

1. Tarikh : 15 August 2017
    Dalam proses meratakan tanah tapi tidak.menyeluruh lagi.




2. Tarikh : 9 September 2017
    Dalam proses meratakan tanah tapi masa ni makin meluas






3. Tarikh : 14 Okt 2017

    Soft launching untuk menentukan plot unit masing-masing :
    • Tempat   :Kelab Golf Rahman Putra, Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh
    • Tarikh    : 14 dan 15 Okt 2017
    • Masa      : 8.00 AM- 5.00 PM. 
    Tempat yang sangat selesa dan Makanan di sediakan...

    Kad jemputan

 Jemputan ke soft launch


Memandangkan booking aku yg ke 242 (waiting list) so 5 pilihan utama yg aku isi dalam borang pengakuan unit, habis di booking oleh orang lain. So aku kena terima apa yang ada jer lah...jgn nak demand sangat nak oooii....org lain lagi cepat.

 Plan kedudukan rumah. Ramai yang memilih tempat yg strategik iaitu dekat dgn taman, surau dan pintu masuk

Model rumah

Penuh dengan orang ramai....ada peluangkah aku ini.

Tepat pukul 12.00, nombor kami dipanggil. Asal plan aku nak join 2 nama didalam S&P, namun begitu apabila pihak Agent membuat semakan, hanya aku yang layak untuk Sign S&P. Ini kerana Projek ini adalah khas untuk bumiputera yang berbangsa melayu sahaja sedangkan suami aku berbangsa melayu yang asal dari Sarawak. Ada agak sedikit kekecewa kat situ.

Nasib kami baik kerana semasa proses permohonan loan, kami layak untuk join akaun. Oleh itu, kami ambil kata sepakat untuk meneruskan pembelian rumah tersebut. 

4. Tarikh : 30 November 2017 (Khamis)

    Proses menaikkan ceracak tiang rumah



Video progress projek perumahan Azalea BRP pada 30.11.2017





5. Tarikh : 7 Jan 2018
    Pembinaan rangka rumah telah separuh siap





Dokumen Sale  & Purchase Agreement (S & P)
S & P siap sepenuhnya dan diterima pada 15 Mac 2018




6. Tarikh : 21 April 2018

Rumah contoh sudah siap untuk dikunjungi. Pembeli dan orang ramai digalakkan hadir untuk memeriahkan suasana dan proses pembelian masih lagi dibuka untuk double dan triple storey.

Boleh dikunjungi bila-bila masa bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang sehingga rumah habis dijual.

Kad jemputan diberikan.


Berikut adalah rumah contoh yang telah disediakan.

 Rumah contoh yang siap sedia untuk dikunjungi oleh orang ramai

 Ruang tamu

 Ruang dapur...agak sempit bagi aku yang suka memasak ni

 Bilik tidur bawah

Bilik air bawah

 Depan rumah...boleh muat 2 buah kereta

 Tangga untuk naik ke tingkat atas

 Master bed room terletak di tingkat atas...agak luas

 Bilik untuk anak-anak kat tingkat atas

 Bilik tetamu kat tingkat atas

Bilik air kat tingkat atas. Join dengan bilik tetamu dan anak-anak.


7. Tarikh : 26.1.2019