Sunday, 8 June 2014

Rahsia sujud dalam solat


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.

Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.

Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)

2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,

Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,

(HR Muslim) Firman Allah SWT yang bermaksud:-” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf, Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah.

Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan

Saturday, 7 June 2014

Khas untuk suami dan isteri...♡♥♡



Alkisah sebuah kenduri

Azman dan Siti sibuk menguruskan hal perkahwinan anak sulung perempuan mereka kebelakangan ini. Hari kenduri kebetulan jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan ke 25 Azman dan Siti.

Azman bekerja di sebuah syarikat swasta manakala Siti seorang suri rumahtangga. Mereka berdua menginginkan majlis yang terbaik untuk anaknya meskipun mempunyai masalah kewangan.

Atas sebab itu, ada pertengkaran di antara Azman dan Siti kerana perbezaan pendapat mengenai kenduri tersebut.

Azman memahami kepenatan isterinya menguruskan segalanya di rumah dan juga hal-hal kenduri. Namun, kehendaknya kadang-kala melepasi kemampuan kewangan yang mampu ditanggungnya.

Kerana pertengkaran tersebut, Azman dan Siti semakin kurang bercakap antara satu sama lain. Suasana di rumah pula menjadi agak tegang.

Azman, seorang yang tidak pandai berkata-kata dan memujuk, kebuntuan cara untuk memujuk isteri sehinggalah di hari kenduri, di mana Azman menyediakan sepucuk surat di atas meja solekan isterinya, lalu keluar membuat persiapan terakhir menyambut tetamu.
Setelah beberapa ketika, Azman pulang kembali ke kamar untuk melihat persiapan Siti. Siti masih terduduk di meja solekan dengan air mata meleleh di pipi dan memandang ke arah Azman.

Azman mendekati isterinya dan menciumnya di dahi.

“Teruklah abang ini, awal-awal pagi dah buat ayang menangis,” kata Siti sambil memeluk erat suami tercintanya dengan surat Azman digengamnya di tangan.

Kedua-dua mereka kemudian menyambut tetamu kenduri dengan hati yang penuh keriangan dan kebahagiaan.

Inilah surat yang ditulis oleh Azman:

Wahai isteriku,
Selamat ulangtahun perkahwinan ke 25, wahai isteriku.
Kamu selalu kata aku tak pandai berkata-kata, tak romantik. Kebelakangan ini, kita berdua sering bertengkar kerana hal kenduri. Malah, ini adalah pertengkaran terbesar dalam 25 tahun perkahwinan kita. Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memujukmu senyum gembira semula.

Wahai isteriku,
Pada usia kita ini yang sudah melepasi separuh dekad, aku pun tak tahu bagaimana untuk berromantik. Ber-romantik masa kita muda-muda dulu sudah tidak sama lagi untuk zaman kita.

Hari ini, semasa berjalan-jalan, aku ternampak sepasang suami isteri tua duduk di tepi taman. Si suami khusyuk mendengar segala apa yang si isteri tengah ceritakan. Dan si isteri pula bersungguh-sungguh sedang melap cermin mata si suami.

Terasa sungguh romantik aku melihatnya… khusyuk mendengar apa yang dikatakan oleh orang tercinta, menggunakan hati untuk memikirkan untuk orang tercinta, sentiasa teringat pada orang tercinta…

Wahai isteriku, janganlah kamu kata aku tak cukup romantik lagi… rupa-rupanya selama 25 tahun ini, akulah orang yang paling romantik.
Kerana selama 25 tahun ini, aku sentiasa menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Sungguh bertuah aku mendapat isteri seperti kamu, wahai isteriku. Allah sungguh baik padaku kerana memberikan kamu sebagai isteri aku.

Aku akan terus berusaha supaya senyuman dan bahagiamu berkekalan dan berasa seperti aku juga, bertuah mempunyai aku sebagai suami.

Selamat ulangtahun ke 25, wahai isteriku.

Senyum

Wahai anakku,
Jangan biarkan ego mengganggu hubungan kamu dengan orang tercinta. Gugurkanlah egomu, dan nescaya awan yang mendung akan bertukar menjadi langit yang cerah.
Senyum.


♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡