Saturday, 12 June 2021

Resipi nasi ayam

 

Assalamualaikum,

Hai...hari ini  aku berhasrat untuk cuba memasak nasi ayam untuk kali ke dua dalam hidup aku. Pertama kali masak nasi ayam adalah pada tahun lepas iaitu masa PKP 1.0 berlangsung. Memandangkan sekarang ini tempoh Lockdown PKP ni 3.0 dan tidak dibenarkan keluar ke  mana-mana, aku mengambil keputusan untuk sediakan menu lunch dengan memasak nasi ayam.

Jom kita sama-sama masak mengikut resipi yang diambil dari blog che Nom. Saya suka mengikuti resipi daripada Che  Nom kerana sukatan bahan2 yg hendak di masak adalah tepat, mudah dan senang untuk di masak. Anda boleh mengikuti resipi di bawah, InsyaAllah menjadi...


Bahan-Bahan:
  • Bahan untuk ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 2 cm halia, ditumbuk halus
    • 1 kiub ayam
  • Bahan untuk ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 cm halia, ditumbuk halus
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 1 sudu besar kicap cair
    • Sedikit madu untuk sapuan
  • Bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air rebusan ayam
    • 2 sudu besar butter
    • 1 cm halia ditumbuk halus
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
    • Sedikit garam
    • 2 bunga lawang*
    • 4 buah pelaga*
    • 1 kayu manis*
    • 1 batang serai ketuk
    • 2 helai daun pandan
    • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
  • Bahan untuk sos:
    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Bahan untuk sup:
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar, dikisar
    • Rempah sup bunjut
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • Bahan untuk kuah kicap:
    • Kuah kicap perapan ayam di atas
    • Kicap manis cap kipas udang
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam
  • Cara-cara

    1. Cara untuk ayam:
      1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
      2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
      3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
      4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
  • Cara untuk memasak nasi:
    1. Basuh beras dan tos air.
    2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
  • Cara untuk memasak sup:
    1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
  • Cara untuk memasak sos:
    1. Kisarkan semua bahan di atas.
    2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
  • Cara untuk memasak kuah kicap:
    1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
  • Tips:

    • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

    Ini adalah hasil masakan aku.








    Selamat mencuba...



    No comments:

    Post a Comment