Friday 7 January 2022

CARA-CARA PINDAH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

 Assalamualaikum,

Biasanya kalau kita pindah rumah dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu perpindahan Sekolah anak pun akan terlibat sama. Sekiranya sekolah yang baharu ada kuota kekosongan tiada masalah tetapi sekiranya sekolah tersebut telah penuh pada masa itu, ianya amat sukar sekali untuk masuk dan perlu ada sokongan dari atasan baru dapat masuk. kalau tidaka kita perlu mencari sekolah yang lain yang terletak berhampiran untuk berpindah.

Ok lah kat sini ingin menyatakan beberapa perkara yang perlu ada untuk berpindah sekolah dan apa yang perlu dilakukan berdasarkan pengalaman perpindahan anak sebelum ini.

Berikut adalah proses perpindahan

1. Dapatkan borang perpindahan di sekolah SK tempat anak yang belajar sekarang.

Thursday 29 July 2021

ZIKIR HARIAN

 

1. MEMBACA AL-FATIHAH
  • Semak bacaan kita dengan guru Al-Quran.
  • Hendaklah dibaca dengan betul sebutan huruf dan barisnya.
  • Tahu makna dan hayati setiap ayat yang didalam nya ada 7 ayat bermula dengan ١. بسم الله الر حمن الر حيم
  • Salah satu yang menjadi rukun didalam solat kita. Salah bacaannya tidak SAH solat kita.   
  • Penawar segala penyakit dll.

2. ISTIQFAR -100 x - +

أستغفر الله الذي لا إله إلاهو الحي القيوم وأتوبإليه

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar yang tiada tuhan melainkan Nya, dia yang hidup dan kepadaNya aku bertaubat"

atau sekurang-kurangnya

أستغفر الله العظيم وأتوب إليه(١٠٠ كالي/+)
 
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar dan kepadaNya aku bertaubat".

Rasulullah bersabda,  "Istiqfar memakan segala dosa seumpama api yang memakan kayu yang kering." ( Imam as- Sayuti)
 
Fadilatnya
  • Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita;
  • Mengampunkan dosa-dosa kita;
  • Mendatangkan rezeki dari sumber-sumber yang tidak terduga;
  • Menutup pintu kepapaan;
  • Menghilangkan dukacita; dan 
  • Membuka jalan keluar dari kepayahan hidup. 

3. TASBIH 100 x - +

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

"Mahasuci Allah yang Maha terpuji, Mahasuci Allah yang Maha agong"

Fadhilatnya
  • Allah akan mengampun dosa-dosa kita;
  • Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga;dan
  • Pahalanya berat di Timbangan Mizan dan disenangi oleh Allah SWT.

4. SELAWAT 100 x-+

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

"Allah sejahterakan junjungan kami Nabi Muhammad ke atas keluarganya dan sahabat- sahabatnya"

Perintah Allah untuk kita berselawat
Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat untuk Nabi.
Wahai orang-orang Beriman! Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam dengan penuh  penghormatan kepada Nya
(Al-Ahzab :56)

Fadilatnya
  • Kita akan mendapat syafaatnya dengan izin Allah di hari kiamat kelak dan lain-lain. 

5. MOHON PERLINDUNGAN 3x (setiap kali selepas solat)

بسم الله الذي لا يضر مع    اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهَو السميع العليم

"Dengan nama Allah, yang dengan namanya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

  • Sesiapa yang mengamalkan membaca doa ini 3 x setiap pagi dan 3x setiap petang, maka dia terhindar dari segala bahaya n musibah.
*(Hadis Rasulullah)* 
____________________

6. MOHON PERLINDUNGAN 3x

اعوذ بكلمات الله التّامًّات من شر ما خلق

"Aku berlindung pada kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan."

Fadilatnya spt. di perkara 5. Insyaa Allah

Nota
Zikir 5 dan 6 amat sesuai diamalkan dengan keadaan sekarang.

7. AMALAN 40 x sehari

 .لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

"Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang- orang yang zalim."

Sabda Rasulullah SAW
Akan diperkenankan doa dan permintaannya dan jika dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembaca dari kesusahan dan musibah.


8. 3 /4 ayat terakhir Surah Al-Hasyr m. s. 548- 3 x ( setiap pagi dan setiap petang)

Fadilatnya
  • Malaikat akan mendoakan kita supaya Allah mengampuni dosa-dosa kita 
  • Digunapakai sebagai syifaq penyembuhan penyakit iaitu dengan membacanya sambil meletakkan tangan di atas kepala atau di tempat yang sakit
  • Menghindarkan dari gangguan / pendinding dari gangguan makluk halus 
  • Bacaan di dalam solat hajat.
Insyaa AllahBsebagaimana firman Allah yang maksudnya "Dan kami turunkan drp. Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman."

9. SURAH AL- IKHLAS 11 X

Sabda Rasulullah SAW
  • Baca 1kali seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran
  • Baca 3 kali mendapat pahala orang yang membaca Al-Quran 1 kali khotam
  • Baca 11 kali akan disediakan baginya satu mahligai dalam Syurga
  • Sesiapa istiqomah membacanya ketika sakit yang membawa kpd. kematian, nescaya dapat pelepasan dari fitnah dan himpitan kubur dan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui titian Shirat dan masuk ke dlm. syurga*
Ruj: Buku Khasiat ayat-ayat Al-Quran - tulisan Abu Al Baqir Al- Burhami Al- Fathani.

10. Zikir yang sempurna

لاإله إلا الله والله أكبر و* *لاحول ولا قوة إ لا با لله* *العلي العظيمن. (١٠ - ١٠٠ كالي)

"Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dgn. pertolongan  Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong"
  • Zikir yang sempurna di mana Allah menjanjikan sesiapa mengamalkannya, Allah akan memperteguhkan aqidahnya dan Allah akan sentiasa memeliharanya dari sifat-sifat musyrikun / munafiqun
  • Kalimah ini melengkapi keseluruhan mentauhidkan Allah, membesarkan Allah dan menyerahkan diri hanya semata-mata kpd. Allah
  • Banyakkan menyebut kalimat ini terutama di dlm. keadaan sakit- mudah- mudahan kita termasuk di dlm. golongan umat nabi yang tidak dihisab dan tidak diazab terutama apabila kita menghampiri kematian.
  • Ruj. Bk. Persiapan Menjelang Kematian oleh ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani.


Sunday 25 July 2021

ODEN & STEAMBOAT

 

Assalamualaikum,

Hai semua....hari ini saya nak ajar cara-cara nak masak oden dan stemboat yang mudah dan simpel menggunakan perencah Odeen Cik Yana. Perencah oden Cik Yana boleh didapati dari agen-agen jualan atau lebih senang beli melalui shopee. Harga satu paket perencah Oden Cik Yana ni harganya RM15.00 dengan berat 50gm dan sesuai untuk hidangan seramai 3 atau 4 orang makan. 

Untuk masak oden, tidak lengkap sekiranya tiada campuran makanan laut stemboat. Jom kita mulakan memasak.

Bahan-bahan untuk kuah oden
1) Perencah Cik Yana 1 pkt
2) Air 500ml
3) Makanan laut stembot
4) Udang
5) Sotong
6) Lala / ketam atau lain2 makanan seafood
7) Sayur spt karot, kobis bunga, cendawan, sawi, kobis, tomato dll
8) Maggie kering / bihun / mi kuning

Cara penyediaan

1) Masak air sehingga mendidih.
2) Apabila mendidih, masukkan rempah oden cik yana dan kacau perlahan-lahan.
3) Selepas itu masukkan semua bahan seafood. Biarkan sekejap bagi dia masak.
4) Last sekali masukkan sayur secara berperingkat. sayur yang berdaun perlu masuk last.

Nota: Sangat sedap dimakan masa panas2...





KETUPAT DAUN PALAS

 Salam,

Hi semua,

Hari ini saya nak ajar cara-cara nak buat ketupat daun palas kelantan. Biasanya ketupat daun palas ini di buat masa musim perayaan aidil fitri dan aidil adha oleh orang tua dulu-dulu. Cara buatan orang dulu-dulu memang terbaik, sedap dan berlemak. Walaupun banyak ketupat di jual namun ianya tidak setanding dengan rasa air tangan orang dulu-dulu yang menggunakan betul-betul bahan yang segar dan ori. Ketupat palas yang ada sekarang dibuat secara frozen dan rasa ori tu sudah hilang. 

Untuk merasa ketupat yang ori, saya cuba buat sendiri dengan menggunakan kelapa yang di perah sendiri untuk mendapatkan santan yang pekat atau saya cuba dapatkan santan yang segar dari pembekal yang boleh di percayai. 

Jom kta buat sekarang

Bahan-bahan

1kg beras pulut (direndam 1 mlm sekurang-kurangnya 5 jam)
1/2 kg Santan pekat
Sedikit garam dan gula

Cara mengukus pulut

1) Panaskan air dalam kukusan. Apabila mendidih baru letakkan beras pulut untuk dikukus.
2) Kukus selama 40 minit.
3) Selepas 40 min, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar supaya senang untuk di kacau. Seelok-eloknya guna senduk kayu untuk mengacau pulut.
4) Masukkam sedikit garam dan gula ke dalam santan dan kacau sekejap bagi sebati.
5) Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut sambil kacau.
6) Kacau perlahan-lahan sehingga santan dan pulut sebati
7) Setelah sebati, kukus pulut lagi sekali selama 40 minit.
8) Angkat pulut dan kacau. Biarkan pulut tersebut sejuk sebelum dibungkus.
9) Ketupat yang siap dibungkus, perlu di rebus dengan selama 30 min. selepas di rebus, bolehlah dihidangkan untuk di makan dengan rendang atau serunding.

Nota: Untuk tahan lama, ketupat yang baharu siap dibungkus, jangan direbus dahulu. Ianya perlu disimpan di dalam freezer (tempat beku) dan apabila hendak makan baru lah ketupat tersebut di rebus.

Gambar bawah ni adalah hasil air tangan saya. Bukan untuk di jual tau...







Selamat mencuba....

NASI DAGANG

Nasi dagang

Bahan-bahan untuk nasi:

5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) - dicampur ke dalam santan pekat

Cara cara kukus nasi

(1) Beras dibersih dan direndam dgn air seketika sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

(2) Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit

(3) Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

(4) Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

(5) Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

(6) Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dari tepi perlahan lahan sambil digembur gemburkan.


Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
1 kotak santan kotak  - air secukupnya
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah kari ikan adabi (bancuh dg sedikit air)
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
Garam secukup rasa

Bahan kisar

10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 hiris lengkuas 

Cara cara

(1) Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

(2) Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 

(3) Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam, gula Melaka dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

(4) Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.




S E L A M A T    M E N C U B A

BIHUN SOTO DAN BEGEDIL

 Bihun soto

(A) Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang*
2 batang kayu manis*
4 kuntum cengkih*
6 biji buah pelaga*
1 sudu besar jintan manis**
1 sudu besar jintan putih**
1 sudu besar serbuk lada putih**

(B) Bahan untuk dikisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang Serai 
1 inci halia 
1 ketul kunyit hidup

(C) Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat atau 1 santan kotak cecil
1 jug air

(D) Bahan untuk dihidangkan soto ayam
3-4 bungkus nasi impit - rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh - bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun - goreng dalam minyak yang panas hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup - hiris kecil
daun bawang - hiris kecil 
cili merah - hiris nipis 
kacang tanah - goreng dalam minyak
begedil

(E) Bahan untuk kuah kicap bercili
1 mangkuk kecil kicap manis
10-15 biji cili padi 
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi

Cara-cara
(1) Panaskan minyak masak.
(2) Masukkan bahan tumis (A) yang bertanda *dan kacau sehingga garing.
(3) Masukkan bahan yang dikisar (B) dan rempah (A) yang bertanda **. Kacau sehingga garing 
(4) Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. 
(5) Masukkan air, 1 kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. 
(6) Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
(7) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
(8) Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. 
(9) Sejukkan dan carik isi ayam.

Cara hidangan
(1) Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. 
(2) Tuang kuah secukupnya. 
(3) Soto harus dimakan bersama cili kicap.

Cara untuk cili kicap:
(1) Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
(2) Masukkan cili, bawang putih yang digoreng tadi dalam pengisar bersama dengan kicap manis.
(3) Kisar sehingga halus.
(4) Tuang ke dalam mangkuk.
(5) perah jus limau kasturi.
(6) Masukkan sedikit garam dan kacau sebati.

BEGEDIL

Bahan-bahan untuk Begedil
500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara menbuat
(1) Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. 
(2) Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
(3) Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu.
(4) Kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
(5) Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" 
(6) Kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
(7) Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
(8) Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. 
(9) Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. 
(10) Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Tips:
Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.



LAKSA SARAWAK

 Pes Laksa Sarawak – (200 gm)

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)

200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Sambal Udang Kering –

6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara Membuat:

Pes Laksa –

1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).

2.Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).

3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak –

1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).

2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

Sambal Udang Kering –

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.