Salam,
Hi semua,
Hari ini saya nak ajar cara-cara nak buat ketupat daun palas kelantan. Biasanya ketupat daun palas ini di buat masa musim perayaan aidil fitri dan aidil adha oleh orang tua dulu-dulu. Cara buatan orang dulu-dulu memang terbaik, sedap dan berlemak. Walaupun banyak ketupat di jual namun ianya tidak setanding dengan rasa air tangan orang dulu-dulu yang menggunakan betul-betul bahan yang segar dan ori. Ketupat palas yang ada sekarang dibuat secara frozen dan rasa ori tu sudah hilang.
Untuk merasa ketupat yang ori, saya cuba buat sendiri dengan menggunakan kelapa yang di perah sendiri untuk mendapatkan santan yang pekat atau saya cuba dapatkan santan yang segar dari pembekal yang boleh di percayai.
Jom kta buat sekarang
Bahan-bahan
1kg beras pulut (direndam 1 mlm sekurang-kurangnya 5 jam)
1/2 kg Santan pekat
Sedikit garam dan gula
Cara mengukus pulut
1) Panaskan air dalam kukusan. Apabila mendidih baru letakkan beras pulut untuk dikukus.
2) Kukus selama 40 minit.
3) Selepas 40 min, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar supaya senang untuk di kacau. Seelok-eloknya guna senduk kayu untuk mengacau pulut.
4) Masukkam sedikit garam dan gula ke dalam santan dan kacau sekejap bagi sebati.
5) Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut sambil kacau.
6) Kacau perlahan-lahan sehingga santan dan pulut sebati
7) Setelah sebati, kukus pulut lagi sekali selama 40 minit.
8) Angkat pulut dan kacau. Biarkan pulut tersebut sejuk sebelum dibungkus.
9) Ketupat yang siap dibungkus, perlu di rebus dengan selama 30 min. selepas di rebus, bolehlah dihidangkan untuk di makan dengan rendang atau serunding.
Nota: Untuk tahan lama, ketupat yang baharu siap dibungkus, jangan direbus dahulu. Ianya perlu disimpan di dalam freezer (tempat beku) dan apabila hendak makan baru lah ketupat tersebut di rebus.
Gambar bawah ni adalah hasil air tangan saya. Bukan untuk di jual tau...
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment