Tuesday, 16 September 2014

Resipi puding laici dan sumi

Resepi Puding Laici Sumi 

Bahan-Bahan:

2 paket agar-agar

5 cawan air

1 tin susu cair

3 sudu gula

2 tin laici (asingkan air & buahnya)

1 paket sumi pelbagai rasa

Cara-caranya:

1)Masak agar-agar dengan 5 cawan airsehingga mendidih.

2)Setelah mendidih,masukkan gula & kacausehingga larut.

3)Apabila gula telah larut,masukkan airlaici dan susu cair.Kacau hinggamendidih.Cadangan Hidangan:

4)Potong buah laici supaya menjadisederhana kecil & aturkan di dalambekas yang disediakan.

5)Tuangkan adunan agar-agar tadi kedalambekas tersebut.

6)Masukkan juga sumi kedalam bekastersebut mengikut susunan yangdikehendaki sebelum agar-agar menjadibeku.


Thursday, 28 August 2014

Resepi ~ Nasi Hujan Panas

Resepi Nasi Hujan Panas

BAHAN-BAHAN:

1kg beras basmathi
1.25 liter air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

BAHAN TUMIS:

1cm halia | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit kismis dan bawang goreng | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1o minit. Toskan.

2. Panaskan kedua minyak dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan beras bersama air, kiub ayam dan juga daun pandan. Gaulkan rata.

4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering.

5. Apabila kering, letakkan pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian dikaub balikkan.

6. Biarkan nasi sehingga masak dan taburkan dengan kismis dan bawang goreng.

Tip : Untuk mengelakkan warna menjadi sekata, letakkan pewarna di tempat berasingan dan biarkan nasi masak seperti biasa. Apabila sudah masak barulah dikaub balikkan nasi.

Resepi ~ Makaroni Bakar

Makaroni Bakar

Bahan-Bahan :2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)500 gm daging kisar(cincang)3 sudu rempah kari5 biji bawang merah*3 biji bawang putih*1 sudu lada hitam*1/2 inci halia*

Semua bahan bertanda * di tumbuk

Sedikit minyak jagung+sedikit mentega utk menumis

1 tin susu cair ideal+1 tin airsedikit daun bawang/sup (pilihan)sedikit bawang goreng4biji telur - dipukulGaram secukupnyaSedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Cara-cara Menyediakan:1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.6. Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.8. Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.10. *Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.


Resepi ~ Laksam



Resepi laksam (12 gulung)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur

* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..

belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus
 (5 photos)

Resepi ~ Kek gula hangus

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan :

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.

2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.

3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.

4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.

5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.

6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.

7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.

8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.

9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.

10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

Sunday, 24 August 2014

Resipi ~ Puding roti karamel

Puding Roti Karamel

Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus

4 keping roti gardenia

3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis

1 cawan air suam1 cawan susu cair

3/4 cawan susu pekat

1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caraCara membuat gula hangus

masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang

Masak dengan api kecil ea

Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap.

kacau hingga sebati dan matikan api

Tuang terus dalam loyang....ketepikan


Panaskan pengukus

Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla

Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus

kukus sehingga masak.(40min-1jam).Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Resipi ~ goreng pisang rangup

Goreng pisang rangup

2 cwn tepung beras

1 biji telurSedikit air utk bancuhan tepung

Sedikit serbuk kunyit(xletak pun xpe)

1/2 cwn air

 kapur mkn

Sedikit garam

-Campur semua bahan
-kacau sebati
-boleh digunakn-Sesuai jgk utk menggoreng buah cempedak,sukun & ubi

SELAMAT MENCUBA

Resipi lasagna



LASAGNA

Bahan-bahan

500 gram daging cincang

1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang

500 ml susu full milk

1 botol sos tomato segera/tomato chunksSpread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)

3 sudu tepung gandumSpices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)

5 sudu butter

Sekotak Kepingan Lasagna

Cara2:

1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.

2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.

3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.

4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.

5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan

4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.

6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.

7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.

 8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.

Sunday, 8 June 2014

Rahsia sujud dalam solat


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.

Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.

Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)

2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,

Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,

(HR Muslim) Firman Allah SWT yang bermaksud:-” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf, Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah.

Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan

Saturday, 7 June 2014

Khas untuk suami dan isteri...♡♥♡



Alkisah sebuah kenduri

Azman dan Siti sibuk menguruskan hal perkahwinan anak sulung perempuan mereka kebelakangan ini. Hari kenduri kebetulan jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan ke 25 Azman dan Siti.

Azman bekerja di sebuah syarikat swasta manakala Siti seorang suri rumahtangga. Mereka berdua menginginkan majlis yang terbaik untuk anaknya meskipun mempunyai masalah kewangan.

Atas sebab itu, ada pertengkaran di antara Azman dan Siti kerana perbezaan pendapat mengenai kenduri tersebut.

Azman memahami kepenatan isterinya menguruskan segalanya di rumah dan juga hal-hal kenduri. Namun, kehendaknya kadang-kala melepasi kemampuan kewangan yang mampu ditanggungnya.

Kerana pertengkaran tersebut, Azman dan Siti semakin kurang bercakap antara satu sama lain. Suasana di rumah pula menjadi agak tegang.

Azman, seorang yang tidak pandai berkata-kata dan memujuk, kebuntuan cara untuk memujuk isteri sehinggalah di hari kenduri, di mana Azman menyediakan sepucuk surat di atas meja solekan isterinya, lalu keluar membuat persiapan terakhir menyambut tetamu.
Setelah beberapa ketika, Azman pulang kembali ke kamar untuk melihat persiapan Siti. Siti masih terduduk di meja solekan dengan air mata meleleh di pipi dan memandang ke arah Azman.

Azman mendekati isterinya dan menciumnya di dahi.

“Teruklah abang ini, awal-awal pagi dah buat ayang menangis,” kata Siti sambil memeluk erat suami tercintanya dengan surat Azman digengamnya di tangan.

Kedua-dua mereka kemudian menyambut tetamu kenduri dengan hati yang penuh keriangan dan kebahagiaan.

Inilah surat yang ditulis oleh Azman:

Wahai isteriku,
Selamat ulangtahun perkahwinan ke 25, wahai isteriku.
Kamu selalu kata aku tak pandai berkata-kata, tak romantik. Kebelakangan ini, kita berdua sering bertengkar kerana hal kenduri. Malah, ini adalah pertengkaran terbesar dalam 25 tahun perkahwinan kita. Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memujukmu senyum gembira semula.

Wahai isteriku,
Pada usia kita ini yang sudah melepasi separuh dekad, aku pun tak tahu bagaimana untuk berromantik. Ber-romantik masa kita muda-muda dulu sudah tidak sama lagi untuk zaman kita.

Hari ini, semasa berjalan-jalan, aku ternampak sepasang suami isteri tua duduk di tepi taman. Si suami khusyuk mendengar segala apa yang si isteri tengah ceritakan. Dan si isteri pula bersungguh-sungguh sedang melap cermin mata si suami.

Terasa sungguh romantik aku melihatnya… khusyuk mendengar apa yang dikatakan oleh orang tercinta, menggunakan hati untuk memikirkan untuk orang tercinta, sentiasa teringat pada orang tercinta…

Wahai isteriku, janganlah kamu kata aku tak cukup romantik lagi… rupa-rupanya selama 25 tahun ini, akulah orang yang paling romantik.
Kerana selama 25 tahun ini, aku sentiasa menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Sungguh bertuah aku mendapat isteri seperti kamu, wahai isteriku. Allah sungguh baik padaku kerana memberikan kamu sebagai isteri aku.

Aku akan terus berusaha supaya senyuman dan bahagiamu berkekalan dan berasa seperti aku juga, bertuah mempunyai aku sebagai suami.

Selamat ulangtahun ke 25, wahai isteriku.

Senyum

Wahai anakku,
Jangan biarkan ego mengganggu hubungan kamu dengan orang tercinta. Gugurkanlah egomu, dan nescaya awan yang mendung akan bertukar menjadi langit yang cerah.
Senyum.


♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Tuesday, 8 April 2014

 The special words as a reminder to all my friends