1. MEMBACA AL-FATIHAH
- Semak bacaan kita dengan guru Al-Quran.
- Hendaklah dibaca dengan betul sebutan huruf dan barisnya.
- Tahu makna dan hayati setiap ayat yang didalam nya ada 7 ayat bermula dengan ١. بسم الله الر حمن الر حيم
- Salah satu yang menjadi rukun didalam solat kita. Salah bacaannya tidak SAH solat kita.
- Penawar segala penyakit dll.
2. ISTIQFAR -100 x - +
أستغفر الله الذي لا إله إلاهو الحي القيوم وأتوبإليه
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar yang tiada tuhan melainkan Nya, dia yang hidup dan kepadaNya aku bertaubat"
atau sekurang-kurangnya
أستغفر الله العظيم وأتوب إليه(١٠٠ كالي/+)
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar dan kepadaNya aku bertaubat".
Rasulullah bersabda, "Istiqfar memakan segala dosa seumpama api yang memakan kayu yang kering." ( Imam as- Sayuti)
Fadilatnya
- Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati kita;
- Mengampunkan dosa-dosa kita;
- Mendatangkan rezeki dari sumber-sumber yang tidak terduga;
- Menutup pintu kepapaan;
- Menghilangkan dukacita; dan
- Membuka jalan keluar dari kepayahan hidup.
3. TASBIH 100 x - +
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
"Mahasuci Allah yang Maha terpuji, Mahasuci Allah yang Maha agong"
Fadhilatnya
- Allah akan mengampun dosa-dosa kita;
- Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga;dan
- Pahalanya berat di Timbangan Mizan dan disenangi oleh Allah SWT.
4. SELAWAT 100 x-+
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
"Allah sejahterakan junjungan kami Nabi Muhammad ke atas keluarganya dan sahabat- sahabatnya"
Perintah Allah untuk kita berselawat
Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat untuk Nabi.
Wahai orang-orang Beriman! Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam dengan penuh penghormatan kepada Nya
Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat untuk Nabi.
Wahai orang-orang Beriman! Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam dengan penuh penghormatan kepada Nya
(Al-Ahzab :56)
Fadilatnya
- Kita akan mendapat syafaatnya dengan izin Allah di hari kiamat kelak dan lain-lain.
5. MOHON PERLINDUNGAN 3x (setiap kali selepas solat)
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهَو السميع العليم
"Dengan nama Allah, yang dengan namanya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
- Sesiapa yang mengamalkan membaca doa ini 3 x setiap pagi dan 3x setiap petang, maka dia terhindar dari segala bahaya n musibah.
*(Hadis Rasulullah)*
____________________
6. MOHON PERLINDUNGAN 3x
اعوذ بكلمات الله التّامًّات من شر ما خلق
"Aku berlindung pada kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan."
Fadilatnya spt. di perkara 5. Insyaa Allah
Nota
Zikir 5 dan 6 amat sesuai diamalkan dengan keadaan sekarang.
7. AMALAN 40 x sehari
.لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
"Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang- orang yang zalim."
Sabda Rasulullah SAW
Akan diperkenankan doa dan permintaannya dan jika dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembaca dari kesusahan dan musibah.
8. 3 /4 ayat terakhir Surah Al-Hasyr m. s. 548- 3 x ( setiap pagi dan setiap petang)
Fadilatnya
- Malaikat akan mendoakan kita supaya Allah mengampuni dosa-dosa kita
- Digunapakai sebagai syifaq penyembuhan penyakit iaitu dengan membacanya sambil meletakkan tangan di atas kepala atau di tempat yang sakit
- Menghindarkan dari gangguan / pendinding dari gangguan makluk halus
- Bacaan di dalam solat hajat.
9. SURAH AL- IKHLAS 11 X
Sabda Rasulullah SAW
- Baca 1kali seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran
- Baca 3 kali mendapat pahala orang yang membaca Al-Quran 1 kali khotam
- Baca 11 kali akan disediakan baginya satu mahligai dalam Syurga
- Sesiapa istiqomah membacanya ketika sakit yang membawa kpd. kematian, nescaya dapat pelepasan dari fitnah dan himpitan kubur dan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui titian Shirat dan masuk ke dlm. syurga*
Ruj: Buku Khasiat ayat-ayat Al-Quran - tulisan Abu Al Baqir Al- Burhami Al- Fathani.
10. Zikir yang sempurna
لاإله إلا الله والله أكبر و* *لاحول ولا قوة إ لا با لله* *العلي العظيمن. (١٠ - ١٠٠ كالي)
"Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dgn. pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong"
- Zikir yang sempurna di mana Allah menjanjikan sesiapa mengamalkannya, Allah akan memperteguhkan aqidahnya dan Allah akan sentiasa memeliharanya dari sifat-sifat musyrikun / munafiqun
- Kalimah ini melengkapi keseluruhan mentauhidkan Allah, membesarkan Allah dan menyerahkan diri hanya semata-mata kpd. Allah
- Banyakkan menyebut kalimat ini terutama di dlm. keadaan sakit- mudah- mudahan kita termasuk di dlm. golongan umat nabi yang tidak dihisab dan tidak diazab terutama apabila kita menghampiri kematian.
- Ruj. Bk. Persiapan Menjelang Kematian oleh ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani.